Saturday, July 21, 2012

TaHuKAH AnDa..??


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :
  1. Malaikat pertama akan mengambil selera makan.
  2. Malaikat kedua akan mengambil rezeki.
  3. Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).
  4. Malaikat keempat akan mengambil dosanya.
Apabila sampai waktu yang Allah tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, Allah akan menyuruh malaikat pertama., kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka... Tetapi Allah tidak menyuruh malaikat keempat agar memberikan balik dosa hamba - Nya tersebut. Lihatlah betapa sayangnya Allah terhadap kita.,tapi kita tidak mengetahuinya.Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang, dan jangan sesekali lupa pada-Nya.. Allahu Akhbar!! Jadi apabila sakit janganlah banyak mengeluh sebaliknya bersyukur dengan nikmat sakit yang diberi..

Friday, July 20, 2012

TiPs : " SeBeLuM BeLi H@nDphoNE "


Sebelum anda membeli telefon bimbit., ada tips penting yang harus diikuti untuk memastikan anda membeli telefon yang terbaik atau sekurang - kurangnya anda mengetahui tahap kualiti telefon bimbit anda. Sebelum membeli pastikan anda memeriksa dahulu no, IMEI (International Mobile Equipment Identty), untuk memngetahui keaslian handphone yang ingin dibeli.

  • Tekan *#06# akan tertera 1 siri no unik contohnya 359598040475402.
  • Perhatikan no yang ke 7 dan ke 8.
  • Contohnya no siri =  3595980404745402.
  • No ke 7 dan ke 8 = 3595980404745402.
  • No ke 7 dan ke 8 = 04
Dari sini anda boleh mengetahui tahap keaslian dan kualiti telefon bimbit yang ingin dibeli. Rujuk data di bawah.

02 atau 20 :  dari China = Kualiti rendah
08 atau 80 : dari Germany = Kualiti sederhana
01 atau 10 : dari Finland = Terbaik
00,03 atau 04 : dari Kilang Asal = Memang sangat terbaik
13: dari Azerbaijan = Sangat kuarang kualiti & Merbahaya

Source : Milosuam.blogspot.com.... Thanks for sharing the information..Kepada pembaca & sahabat handai  diluar sane., semoga perkongsian ini dapat membantu anda..:)

Saturday, January 21, 2012

RahSia JaRi KitA


  1. Cuba lihat jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
  2. Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu yang jangan sekali-kali kita abaikan.
  3. Letak tgn anda di atas meja, perhatikan. Bermula dr jari kelingking yg kecil & kerdil.. Mcm manusia & apa benda pun akan bermula d kecil kremudian membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan & alam seluruhnya. Segala perkara yg kita hendak lakukan bermula dr kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan memberi kesan yg besar pd masa depan.
  4. Lihat jari kedua, jari manis. Begitu jugak dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan.. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
  5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu. Ibarat alam dewasa kita. Di usia 30an kita sudah mempunyai status & ekonomi serta kerjaya yang stabil ttp kita kena berwaspada sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous & macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi, khuatir kita masuk ke perangkap nafsu & syaitan. So kita kena lipat gandakan ibadat.
  6. Jari telunjuk - Jari ini lah yang mengungkap 1 & Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk. Anda boleh lihat betapa gagahnya jari telunjuk sbg penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pd jari-jari yang lain. Macam tu jugak dgn kita.. perlu jadi role model kepada generasi baru.. jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yg hebat.
  7. Akhir sekali, renung la ibu jari yang besar/gemuk dan pendek jika dibandingkan dengan jari yang lain tetapi ibu jari menceritakan tentang kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang apa pun cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. Kepada generasi muda, kalau nak buat apa-apa, rujuk dahulu pada orang tua yang berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, barulah boleh kita kata "good" or "yes" sambil menunjukkan isyarat bagus (thumbs up).

JoDoH KeteNTuAn D' TGN TuhAN,

Ramai couple² yg blum brkahwin dngan yakin mmbuat status yg di tujukan kpda couple msing² atau kat wall sndiri :
* jangan ganggu hubungan aku ngn bf/gf aku sebab dia milik aku sorg !!! (yela tu)
* jangan curang tau, sy milik awak sorg jer.(sumpah)
* cinta kita akan kekal sampai bila²,emmmuahhhhx !!!
* i ♥ u nak mampos !!!
* muahhh sana muahhh sini.(berdepa muncung)
* lebiu sana lebiu sini.huhuhu..
* sayang sana sayang sini.(elehhhh)

Jodoh KITA smua ketentuan-Nya. wlau yakin atau bjanji setia mcm mna sklipun, tpi klu da Allah tentukan dia BUKAN untuk kita.. dia tetap BUKAN untuk kita.
so belajarlah untuk menerima hakikat, bahawa, bercinta selepas kawin adalah cinta yg Terbaek ~. (◕‿-

Friday, January 20, 2012

BuMi AkaN MenJaDi SakSi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud: Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:
  • Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.
  • Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.
  • Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.