Wednesday, June 22, 2011

SenYuM ITu SedeKaH...

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ? "Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar). Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Thursday, June 16, 2011

HakiKaT KeHidUpAn iNI...

Kita sering mahukan hari yang cerah tetapi Allah lebih mengetahui., hakikatnya hujan perlu diturunkan.. Kita sering inginkan keseronokan jauh sekali kesusahan., tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan.. Kita sering mengingikan ketenangan., hakikatnya diri ini penuh dosa dan kejahatan.. tetapi manusia tidak dapat lari dari kesilapan.. Semua itu bukan satu hukuman.. tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman..

Wednesday, June 15, 2011

MuTiaRA KaTA...

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments

" Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."

Monday, June 13, 2011

MuZiK Oh MUziK...

"D'saat hati meluahkan sedikit rasa kebosanan., tatkala diri terasa ingin memperdengarkn muzik mencari ketenangan.. Alunan melodi kian menerjah ke cupingan telinga.."


Sememangnya hiburan tu adalah fitrah manusia & bunyi muzik adalah himpunan suara makhluk yg Allah jadikan. Namun tiada dalil juga menggalak atau amat menyuruh mendengar muzik sahaja. Justeru., Sebaik- baik berhibur itu biarlah bersederhana atau pertengahan sahaja, setakat utk menghilangkn kebosanan..

(Sbhgn intipati Imam Al-Ghazali)

Dan disini saya sisipkan juga satu fatwa daripada Mufti Mesir, Dr Ali Jumu'ah : Mendengar nyanyian dan muzik tidak harus secara mutlak. Dan tidaklah haram secara mutlak. Jika nyanyian itu dengan senikata yang baik, mempunyai makna yang elok, bermatlamat, disampaikan dengan cara yang tidak bercanggah dengan akhlak yang mulia, dan tidak melalaikan seseorang daripada menunaikan apa yang diperintahkan oleh Allah Taala daripada amalan - amalan fardhu dan kewajipan - kewajipan ; maka hukumnya harus dan tidak mengapa.
(Majalah Minbar Islam.,Mei 2007 - ms 132)

Sunday, June 12, 2011

AhLaN Wa SAhLaN...

Assalamualaikum

Sekian lama berhasrat membina sebuah BLoG sendiri., alhamdulillah kini impian terlaksana (Walaupun masih baru). BLoG ini adalah bersifat peribadi yang mana merupakan hasil nukilan ZHaFrAN sendiri. Namun turut memaparkan pelbagai bentuk perkongsian ilmu, cerita, renungan, informasi dan tauladan kepada pembaca mahupun blogger di luar sana Insya-Allah., Moga perkongsian ini dpt memberi manfaat yg berguna kepada kita semua.. Selamat berkunjung ke BLoG ZHaFrAN..