Saturday, September 24, 2011

TaMan TaMadUn IsLaM..


Taman Tamdun Islam adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika - replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ. Kesemua replika - replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal.

Masjid Kristal & Landskap

Bas Unik & Sekitar Entrance

Laman Monumen & Kemudahan Tersedia

Sememangnya Taman tema ini menyajikan pelbagai bentuk hiburan berinformatif.., memaparkan seni bina & warisan tamadun islam.(replika2 masjid, monumen dan tugu), serta penuh dengan kisah2 sejarah.. Jadi ayuh sama-sama kita selami dunia ketamadunan islam...yang hanya terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu ini.,

Friday, September 23, 2011

HaRaMkah MeNonTon WaYaNG..??

Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara - perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur - unsur seks dan seumpanyanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur- unsur lain padanya. Oleh itu , jikalau menonton wayang tanpa ada perkara - perkara yang menyalahi syariat islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara - perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.

Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat? Jika jawapan kepada persoalan - persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke. Walaupunbagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meniggalkan segala perbuatan yang sia - sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan & dapat pula mendatangkan manfaat kepada diri dan orang lain. Wallahualam..

Sumber : Soal jawab iluvislam.com
(Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab)

Friday, September 16, 2011

ReNunGan PaSanGaN...

" Pernikahan menyingkap tabir rahsia, isteri yang dinikahi, tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah, justeru isteri hanyalah, wanita akhir zaman, yang punya cita-cita menjadi solehah, pernikahan ataupun perkahwinan, mengajar tentang kewajipan bersama. menginsafkan tentang perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha, kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana, justeru kita akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w pun bukanlah Saidina Ali Karamallah Wajhah cuma kita, suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh.

KaWaL EmoSi..!!!


Orang yang berbahagia ialah orang yang dapat menguasai hatinya.., sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri.

Seorang penyair ada mengatakan,
"Apabila air mata mengalir dengan derasnya namun tidak menuju kebahagian, maka air mata itu adalah sia-sia."

Jadi kawal emosi & usah biarkan ia menguasai diri kerana jika emosi diluar kawalan, ia mengundang bisikan syaitan. Oleh itu reda akan setiap perkara yang ditakdirkan ke atas diri dan mohonlah keberkatan dalam setiap amal kebajikan yang dilakukan.