Saturday, January 21, 2012

RahSia JaRi KitA


  1. Cuba lihat jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
  2. Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu yang jangan sekali-kali kita abaikan.
  3. Letak tgn anda di atas meja, perhatikan. Bermula dr jari kelingking yg kecil & kerdil.. Mcm manusia & apa benda pun akan bermula d kecil kremudian membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan & alam seluruhnya. Segala perkara yg kita hendak lakukan bermula dr kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan memberi kesan yg besar pd masa depan.
  4. Lihat jari kedua, jari manis. Begitu jugak dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan.. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
  5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu. Ibarat alam dewasa kita. Di usia 30an kita sudah mempunyai status & ekonomi serta kerjaya yang stabil ttp kita kena berwaspada sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous & macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi, khuatir kita masuk ke perangkap nafsu & syaitan. So kita kena lipat gandakan ibadat.
  6. Jari telunjuk - Jari ini lah yang mengungkap 1 & Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk. Anda boleh lihat betapa gagahnya jari telunjuk sbg penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pd jari-jari yang lain. Macam tu jugak dgn kita.. perlu jadi role model kepada generasi baru.. jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yg hebat.
  7. Akhir sekali, renung la ibu jari yang besar/gemuk dan pendek jika dibandingkan dengan jari yang lain tetapi ibu jari menceritakan tentang kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang apa pun cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. Kepada generasi muda, kalau nak buat apa-apa, rujuk dahulu pada orang tua yang berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, barulah boleh kita kata "good" or "yes" sambil menunjukkan isyarat bagus (thumbs up).

JoDoH KeteNTuAn D' TGN TuhAN,

Ramai couple² yg blum brkahwin dngan yakin mmbuat status yg di tujukan kpda couple msing² atau kat wall sndiri :
* jangan ganggu hubungan aku ngn bf/gf aku sebab dia milik aku sorg !!! (yela tu)
* jangan curang tau, sy milik awak sorg jer.(sumpah)
* cinta kita akan kekal sampai bila²,emmmuahhhhx !!!
* i ♥ u nak mampos !!!
* muahhh sana muahhh sini.(berdepa muncung)
* lebiu sana lebiu sini.huhuhu..
* sayang sana sayang sini.(elehhhh)

Jodoh KITA smua ketentuan-Nya. wlau yakin atau bjanji setia mcm mna sklipun, tpi klu da Allah tentukan dia BUKAN untuk kita.. dia tetap BUKAN untuk kita.
so belajarlah untuk menerima hakikat, bahawa, bercinta selepas kawin adalah cinta yg Terbaek ~. (◕‿-

Friday, January 20, 2012

BuMi AkaN MenJaDi SakSi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud: Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:
  • Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.
  • Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.
  • Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

PeTuA - PeTuA MudAH

Dalam tadi asyik mmbca., terjumpa pulak artikel nie ( dr iluvislam.com).. tip2, petua2 kata orang tuu utk menangani mslh bila kita terasa kurang sihat., Jadi kpd anda yg mungkin mengalami mslh seperti kt bwh nie.., bolehla m'cuba kaedah rawatan yg saya postkn d'sni... Smoga hari2 kita sentiasa diberikan kesihatan yg baik... INsyaallah..

DEMAM
  1. Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  2. Rehat sebanyak yang mungkin.
  3. Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
  4. Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
SELESEMA
  1. Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  2. Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti oren atau jambu batu.
  3. Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  4. Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.

SAKIT KEPALA & MIGRAIN
  1. Rebus beberapa kangkung dlm beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas, kemudian tambahkan secubit garam, kacau & minum.
  2. Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  3. Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.