Friday, January 20, 2012

PeTuA - PeTuA MudAH

Dalam tadi asyik mmbca., terjumpa pulak artikel nie ( dr iluvislam.com).. tip2, petua2 kata orang tuu utk menangani mslh bila kita terasa kurang sihat., Jadi kpd anda yg mungkin mengalami mslh seperti kt bwh nie.., bolehla m'cuba kaedah rawatan yg saya postkn d'sni... Smoga hari2 kita sentiasa diberikan kesihatan yg baik... INsyaallah..

DEMAM
  1. Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  2. Rehat sebanyak yang mungkin.
  3. Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
  4. Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
SELESEMA
  1. Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  2. Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti oren atau jambu batu.
  3. Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  4. Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.

SAKIT KEPALA & MIGRAIN
  1. Rebus beberapa kangkung dlm beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas, kemudian tambahkan secubit garam, kacau & minum.
  2. Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  3. Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.

No comments: